KOS SUBSIDI BAHAN API KINI CECAH RM5 BILION SEBULAN – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan kini terpaksa menanggung RM5 bilion kos subsidi bahan api sebulan susulan ketidaktentuan harga minyak akibat konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat mendadak berbanding RM700 juta sebulan ditanggung kerajaan sekitar Januari lalu.

Beliau berkata, jika harga itu kekal meningkat, kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi lebih tinggi pada masa depan.

“Kalau harga setakat sekarang, RM5 bilion satu bulan. Bayangkan 10 bulan, RM50 bilion dari dana kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Katanya, keadaan tersebut memerlukan penjawat awam memahami kekangan sebenar kerajaan dalam menguruskan subsidi bahan api agar tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

Anwar berkata, beliau mahu perkara ini dikongsi dengan rakyat khususnya pimpinan tertinggi kerajaan dan kementerian.

“Mana-mana ketua jabatan dalam mesyuarat itu terangkanlah sikit. Tidak boleh kata ini urusan Kementerian Ekonomi atau Kementerian Kewangan, tak boleh. Ini urusan kita,” katanya

Dalam pada itu, katanya, beliau turut meminta Kementerian Ekonomi atau Kementerian Kewangan serta kementerian berkaitan untuk meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada kelompok-kelompok rakyat yang masih terjejas.

 Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/kos-subsidi-bahan-api-kini-cecah-rm5-bilion-sebulan-pm/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …