MASIDI SERAH BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

SERAH: Sharin (lapan, kiri) menyampaikan bantuan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

RANAU : Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk terlibat.

Bantuan tersebut disalurkan susulan kejadian kebakaran yang telah memusnahkan beberapa kediaman, melibatkan seramai 54 mangsa daripada 11 keluarga.

Daripada jumlah itu, 37 merupakan orang dewasa manakala 17 lagi adalah kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Sejurus insiden berlaku, satu inisiatif kutipan sumbangan telah digerakkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Ranau, yang berjaya mengumpul pelbagai barangan keperluan dalam tempoh singkat.

Antara bantuan yang disampaikan termasuk pakaian, perabot asas serta bekalan makanan dan

minuman bagi membantu meringankan beban mangsa.

Selain itu, masyarakat di daerah ini turut tampil menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat, termasuk sumbangan kewangan serta barangan keperluan asas, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan tinggi dalam kalangan penduduk setempat.

Penyampaian bantuan kepada mangsa telah diwakili oleh Pegawai Khas, Shahrin Mujin bersama Pegawai Khas Kebajikan ADUN Karanaan, Sujani Gipul, bagi pihak Masidi.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Karanaan, menzahirkan rasa simpati kepada mangsa dan berharap

bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta membantu mereka bangkit semula

selepas ditimpa musibah.

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan akan disalurkan secara

berterusan dari semasa ke semasa.

Selain itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan badan bukan

kerajaan turut tampil menghulurkan bantuan, mencerminkan semangat kebersamaan dan

solidariti tinggi dalam kalangan masyarakat Ranau.

Beliau turut menghargai usaha proaktif Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Ranau serta

masyarakat di sini yang pantas bertindak menggerakkan bantuan kepada mangsa, sekali gus

memperkukuh amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …