TANGKAP: Suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel ditahan.
TAWAU: Cubaan menyeleweng bahan api gagal apabila sebanyak 300 liter diesel dirampas dalam satu serahan kes daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Tawau, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, rampasan membabitkan sebuah kenderaan yang dipercayai diubah suai dengan tangki tambahan bagi menyimpan minyak diesel.
Menurut kenyataan KPDN Sabah, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemukan 300 liter diesel dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,445.
“Kes ini diserahkan oleh pihak PDRM kepada KPDN untuk tindakan lanjut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” menurut kenyataan itu semalam.
Menurutnya, KPDN Sabah memandang serius sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan termasuk bahan api bersubsidi.
Sehubungan itu, pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama bersama agensi penguat kuasa lain bagi membanteras kegiatan berkenaan selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap individu terlibat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan diminta menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDN atau menghubungi talian yang disediakan,” katanya.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



