SANTUNI GOLONGAN GELANDANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Program π™Žπ™˜π™€π™ͺ𝙩 π™Šπ™£ π™π™π™š π™ˆπ™€π™«π™š: π˜Ύπ™€π™€π™  π™π™π™š π™π™§π™šπ™–π™©, π™π™šπ™šπ™™ π™π™π™š π™Žπ™©π™§π™šπ™šπ™©, π™†π™šπ™šπ™₯ 𝙄𝙩 π™‰π™šπ™–π™© telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Jamek Haji Wahab Simpang Enam bermula jam 8.30 malam. Program ini dianjurkan oleh Kelanasiswa Daerah Politeknik Balik Pulau dengan penglibatan seramai 60 orang pelajar.

Menariknya, para pelajar berganding bahu menyediakan sendiri hidangan utama seperti nasi putih, ayam goreng kunyit, ulam-ulaman serta kuah kari bermula jam 2.00 petang di perkarangan Pusat Islam. Mereka turut dibimbing oleh barisan pemimpin Kelanasiswa Malaysia (KSM) iaitu Dr. Mohd Razif Mustapha, Encik Norazam Azizi Othaman dan Puan Shardilla Mohamad Sarif. Hasil usaha tersebut, sebanyak 100 bungkus makanan berjaya disediakan untuk diagihkan.

Makanan tersebut kemudiannya diedarkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Masjid Jamek Haji Wahab Simpang Enam George Town. Penganjuran program ini bertujuan melengkapkan komponen Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana dalam kalangan pelajar. Selain itu, pelajar turut diberi peluang menyantuni serta menemubual golongan gelandangan dan muallaf, seterusnya menghasilkan kandungan video untuk platform TikTok sebagai medium meningkatkan kesedaran masyarakat.

Sumber : Politeknik Balik PulauΒ https://www.facebook.com/polibalikpulau

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …