LAPORAN KHAS: TEMPAT KEDIAMAN MALAYSIA Siaran Terkini : 23 April 2026

Penerbitan Laporan Khas: Tempat Kediaman Malaysia memaparkan statistik tempat kediaman yang meliputi penduduk, isi rumah, jenis tempat kediaman, sebab kekosongan, status pemilikan dan pemilikan tempat kediaman mengikut jantina, kumpulan umur dan kumpulan etnik. Selain itu, laporan ini juga memaparkan statistik kaedah perolehan tempat kediaman, kadar sewa bulanan, kemudahan bekalan (air, elektrik, kutipan sampah dan kamera kawasan litar tertutup (CCTV)), jangka masa ingin memiliki tempat kediaman, pilihan utama memiliki jenis tempat kediaman dengan kemampuan dan jarak terhampir dengan fasiliti dan kemudahan sehingga ke peringkat negeri, daerah pentadbiran dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Maklumat ini adalah berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …