LAPORAN PENYIASATAN PENGGUNAAN DAN CAPAIAN ICT OLEH INDIVIDU DAN ISI RUMAH, 2025 Siaran Terkini : 23 April 2026

Pada tahun 2025, capaian perkhidmatan dan peralatan ICT bagi komputer serta Internet mencatatkan peningkatan kecil, masing-masing sebanyak 0.4 mata peratus dan 0.3 mata peratus kepada 92.6 peratus (2024: 92.4%) dan 97.1 (2024: 96.8). Sementara itu, siaran TV berbayar menunjukkan penurunan ketara sebanyak 5.1 mata peratus kepada 62.0 peratus (2024: 67.1%). Telefon talian tetap turut merekodkan penurunan sebanyak 0.3 mata peratus kepada 27.6 peratus (2023: 27.9%). Capaian peralatan lain seperti telefon bimbit, radio dan televisyen mencatatkan peratusan tertinggi, masing-masing kekal pada kadar 99.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Capaian Internet dalam kalangan isi rumah di kawasan bandar meningkat sebanyak 0.2 mata peratus kepada 99.0 peratus (2024: 98.8%), manakala isi rumah di kawasan luar bandar turut merekodkan peningkatan capaian Internet sebanyak 0.4 mata peratus kepada 90.7 peratus (2024: 90.3%).

Penggunaan telefon bimbit oleh individu meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 99.6 peratus pada tahun 2025 berbanding 99.5 peratus pada tahun 2024.

Penggunaan Internet turut meningkat sebanyak 0.3 mata peratus kepada 98.3 peratus berbanding 98.0 peratus dalam tempoh yang sama.

Penggunaan komputer merekodkan kenaikan tertinggi sebanyak 0.8 mata peratus kepada 81.5 peratus berbanding 80.7 peratus pada tahun sebelumnya.

Perbandingan mengikut jantina merekodkan penggunaan Internet bagi lelaki menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 98.7 peratus berbanding perempuan, iaitu 97.8 peratus pada tahun 2025. Perbezaan antara kedua-dua jantina telah meningkat sebanyak 0.9 mata peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 0.8 mata peratus.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …