DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

ACP Anuwal bin Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Barat Daya hadir Latihan Menembak Pistol Semi Auto 9MM bagi pegawai dan anggota IPD Barat Daya selama (3) hari yang berlangsung pada 21 hingga 23 April 2026. Latihan ini diadakan di Lapang Sasar FRU 3, Ayer Itam, Pulau Pinang.
Dalam latihan ini, setiap Pegawai dan anggota didedahkan tatacara pengendalian senjata api dan keselamatan senjata api serta mempelajari teknik menembak dengan cara yang betul. Selain itu, setiap Pegawai dan anggota juga diingatkan agar mangamalkan tatacara mengambil dan menyerah senjata api apabila mahu memulakan serta setelah selesai tugas.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484



