MELAKA PERLU MILIKI ‘TOURIST AIRPORT’

Seri Negeri – Sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka perlu memiliki sebuah lapangan terbang pelancongan atau ‘Tourist Airport’, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut beliau, lapangan terbang itu juga perlu mampu menerima pendaratan pesawat seperti Airbus dan Boeing 737 dengan kapaisti penuh.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Kerajaan Negeri melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ahar memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) bagi merealisasikan hasrat ini.

“Pemanjangan ini hanya melibatkan beberapa ratus meter sahaja lagi dan Melaka boleh mencontohi Lapangan Terbang Rotterdam di Belanda sebagai rujukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …