PERKASA PELANCONGAN MELAKA DENGAN STRATEGI BAHARU

Seri Negeri – Kejayaan sektor pelancongan Melaka mencapai kehadiran lebih 15.9 juta pelancong, selain menjana pendapatan melebihi RM14.9 bilion mendapat pujian Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Jelasnya, kejayaan itu turut disumbangkan menerusi penganjuran acara bertaraf dunia seperti World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025 yang turut diiktiraf Malaysia Book Of Records apabila berjaya menghimpunkan 3,224 penari zapin di pentas dunia.

Bagaimanapun, Tun Dr. Mohd Ali berharap sektor pelancongan itu dapat terus diperkasa dan digerakkan dengan lebih agresif melalui strategi baharu yang inovatif.

“Ini penting dalam memastikan Melaka terus kekal sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mohd Ali turut menyokong usaha Kerajaan Negeri meneruskan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2.0 pada tahun ini.

Katanya, langkah itu berupaya mengekalkan momentum sektor pelancongan dan seterusnya menjadi usaha berterusan memperkukuh industri pelancongan di negeri ini.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …