KONGSI MESRA, TAPI JANGAN KONGSI BARANG INI

Menjaga kebersihan diri penting untuk mencegah penyebaran penyakit, namun masih ramai yang berkongsi barangan peribadi tanpa menyedari risikonya. Sesetengah barang tidak wajar dikongsi kerana boleh menjadi medium penyebaran bakteria, virus dan kulat.

Antara barangan tersebut ialah berus gigi, yang boleh menyebarkan bakteria mulut dan menyebabkan jangkitan gusi. Tuala mandi pula mudah menyimpan peluh dan sel kulit mati, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan kulit seperti kurap dan panau. Pencukur juga tidak boleh dikongsi kerana boleh menyebabkan penularan penyakit melalui luka kecil pada kulit.

Selain itu, sikat rambut dan alat solekan boleh menyebarkan kutu kepala, kelemumur, jerawat serta jangkitan mata jika digunakan bersama. Fon telinga juga berisiko memindahkan bakteria ke dalam telinga, manakala kasut yang dikongsi boleh menyebabkan jangkitan kulat dan bau kaki.

Kesimpulannya, barangan peribadi tidak seharusnya dikongsi walaupun dengan orang rapat. Kesedaran menjaga kebersihan diri dan menggunakan barang secara individu penting bagi melindungi kesihatan serta mencegah jangkitan penyakit.

Sumber: Sihat/Berita Harian Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …