PEMBUKAAN PENGKALAN MARIN DAN RUMAH-RUMAH KAKITANGAN JABATAN LAUT PELABUHAN SWETTENHAM

Pada 22 April dalam tahun 1969,  Menteri Pengangkutan, Tan Sri Hj. Sardon bin Jubir, membuka dengan rasminya Pengkalan Marin dan 12 unit rumah untuk kakitangan Jabatan Laut di Pelabuhan Swettenham. Beliau  turut mengumumkan pembinaan 3 buah dermaga air dalam yang akan dibina di Selat Klang Utara sepanjang 900 meter berharga $40 juta ringgit.  Dermaga-dermaga ini mampu memberi kemudahan untuk kerja-kerja pembaikan kapal dan juga mendapatkan bekalan air. Pihak berkuasa pelabuhan akan membina sebuah benteng di sepanjang pantai, penambat pelampong, sebuah bengkel dan juga keperluan dalam bidang perkapalan.  Sebaik sahaja jeti ini siap, rumah api dan pelampong “Aktiza” dipindahkan dari Pulau Pinang ke Pelabuhan Swettenham bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh Pelabuhan Pulau Pinang dalam menyediakan bantuan-bantuan pelayaran. Dengan adanya Pengkalan Marin dan rumah kakitangan Jabatan Laut ini, pengendalian tugas di Pelabuhan Swettenham dapat dijalankan dengan lebih baik dan teratur.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …