Mutakhir ini, negara kita berhadapan dengan keadaan semasa dan cuaca panas yang memeritkan. Hujan yang tidak turun telah menyebabkan suhu tinggi dan berbahang yang menjurus kepada masalah hidrasi, kesihatan kurang baik seperti demam, batuk malah juga menyumbang kepada kebakaran.
Dengan menuruti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia *(KKM) akan peri pentingnya menjaga kesihatan ketika musim panas ini, Kanak-Kanak adalah golongan berisiko terdedah kepada masalah Strok haba kerana mereka lebih cepat dehidrasi dan suhu badan mereka mengalami kesukaran untuk mengawal suhu.
Disenaraikan selanjutnya langkah pencegahan Strok Haba untuk Kanak-Kanak dan pertamanya adalah minum air secukupnya iaitu sebanyak 8 gelas atau lebih sehari walaupun tidak dahaga dan sekiranya melakukan aktiviti luar pula perlu mengambil kuantiti sebanyak 200-250ml setiap 15-20 minit . Ibu bapa perlu membekalkan dan menyediakan untuk anak-anak botol air masa ke sekolah. Anak-anak perlu digalakkan minum air kosong dan bukan air manis atau bergas . Air buah berjus seperti jus tembikai juga digalakkan untuk pengambilan sewaktu keadaan cuaca panas ketika ini.
Kedua pula iailah keperluan menghadkan aktiviti luar waktu panas terik dan membahang. Elakkan aktiviti luar sekitar jam 11 pagi – 4 petang kerana waktu paling berbahang. Pihak sekolah mahupun juga ibu bapa boleh mengatur atau menukar waktu bersenam/merentas desa ke pagi atau malam.
Jabatan Pendidikan Negeri perlu mempertimbang *PdPR* jika keadaan dan suhu panas melampau berterusan dan banyakkan masa di tempat teduh/berhawa dingin.
Ketiga pula dari aspek pakaian dan perlindungan. Pakaian cerah, ringan , longgar dan warna gelap yang menyerap haba. Pakai topi atau payung apabila keluar dan ambil langkah menyapu sunscreen jika bermain luar rumah dalam waktu yang lama.
Langkah pencegahan seterusnya adalah elakkan tinggal anak dalam kereta bersendirian semasa parking walau sekejap. Suhu dalam kereta boleh naik 20°C dalam 10 minit dan menyebabkan risiko segera Strok haba yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa terutama kepada kanak-kanak.
Sudah banyak kita mendengar kes-kes nyawa kanak-kanak mela yang akibat kes terperangkap dan terkurung dalam kereta dan seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua pihak.
Berikutnya adalah selalu menyejukkan badan dengan kerap mandi atau lap badan dengan tuala basah. Pastikan rumah/pra-sekolah ada sistem pengudaraan cukup atau kipas/aircond dan sentiasa berwaspada akan tanda-tanda awal strok haba pada kanak-kanak. Pastikan terus bawa ke klinik jika ada simptom pening, muka merah panas, tak berpeluh walau panas, nafas laju, muntah, suhu badan cecah 40°C dan dalam situasi keliru atau pengsan
Seharusnya kita semua perlu tahu serba sedikit berkaitan rawatan cemas sebelum membawa yang terlibat ke hospital antaranya seperti mengalih ke tempat teduh, lap badan dengan kain basah, kipas terus ke badan dan beri air sejuk kalau sedar.
Akhir sekali, semua pihak perlu mengambil iktibar secara konsisten dan ambil peduli keadaan sekeliling. Jangan kita biarkan ketidakpeduliaan kita pada waktu kritikal menjadi sebab orang lain kehilangan orang tersayang. Ambil tahu apa yang terjadi Di media cetak dan elektronik termasuk kes-kes terkini melibatkan Strok haba Di persekitaran kita.
Sumber : KKM – ecentral.my “Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan”



