Seorang individu kerugian lebih RM25,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan pembelian mangga Harum Manis yang diiklankan di media sosial. Mangsa tertarik dengan tawaran tersebut sebelum berhubung dengan suspek melalui aplikasi komunikasi.
Suspek kemudian menghantar pautan atau kod QR kepada mangsa. Selepas mangsa menekan pautan tersebut, berlaku transaksi pengeluaran wang tanpa kebenaran daripada akaun bank miliknya. Dalam tempoh singkat, beberapa transaksi berjaya dilakukan oleh scammer sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan melebihi RM25,000. Kes kini disiasat di bawah kesalahan penipuan dan mangsa telah membuat laporan polis.
Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pelbagai bentuk penipuan yang semakin berleluasa, antaranya:
Modus Operandi Scammer
- Tawaran harga terlalu murah (tidak masuk akal)
- Penjual tidak dikenali / akaun palsu
- Minta bayaran awal / deposit
- Hantar link, QR code atau APK mencurigakan
- Mendesak mangsa bertindak segera
Langkah Pencegahan
- Jangan klik sebarang pautan mencurigakan
- Elakkan scan QR code dari sumber tidak dikenali
- Semak nombor akaun di laman rasmi seperti Semak Mule
- Buat pembelian hanya melalui platform sah & dipercayai
- Hubungi pihak bank segera jika berlaku transaksi mencurigakan
Tindakan Segera Jika Terkena Scam
- Hubungi NSRC / CCID Scam Response Center (997) dengan segera
- Maklumkan bank untuk sekat transaksi
- Buat laporan polis secepat mungkin
Penipuan dalam talian kini semakin licik dan menyasarkan pelbagai golongan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu menarik.



