ANGULAR CHEILITIS

 ANGULAR CHEILITIS atau nama pendeknya Cheilitis adalah kondisi radang pada bahagian tepi hujung bibir di mana bibir atas dan bibir bawah bertemu. Ia boleh terjadi pada 1 atau 2 sisi bibir serentak. Keradangan ini biasa berlaku apabila air liur yang terkeluar dan terperangkap di bahagian bibir kering dan pecah itu mula mengering. Kesannya, ia akan membawa kulat hadir sekali gus merebak dan membiak di situ.

Selain daripada infeksi kulat, faktor risiko Cheilitis yang lain termasuk terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, penyalahgunaan produk, alahan, makanan, ubatan serta kondisi yang tertentu. Apabila kondisi ini berlaku, bibir kering dan pecah anda mungkin akan menunjukkan simptom seperti yang berikut:

  • Pengelupasan
  • Pendarahan
  • Kekeringan
  • Kemerahan
  • Kegatalan
  • Kebengkakan
  • Ulser
  • Nanah

Dalam kes yang lebih kronik, bahagian tepi hujung bibir anda yang terjejas akan meradang dengan sangat teruk sekali gus membentuk imej seakan bibir dalam pecah yang jauh lebih lebar berbanding asal.

Kebiasaannya, doktor akan memberi ubatan dan rawatan bagi melawan infeksi kulat. Dalam masa yang sama juga, sila elak daripada faktor-faktor risiko di atas supaya tidak bertambah teruk.

Sumber : Ahmad Farid/ Hello Doctor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …