PERASMIAN PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA KUANTAN

Pada 17 April (rabu) dalam tahun 1968, Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia Kuantan, dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu’tassim Billah. Pengkalan ini merupakan Pengkalan Jet Tentera Udara DiRaja Malaysia yang pertama didirikan di Malaysia dan terbesar di Pantai Timur. Pengkalan ini terletak 9 batu dari bandar Kuantan dan dilengkapi dengan jet-jet laju seperti Jet Tabuan dan helikopter dari jenis Sikorsky. Pembukaan pengkalan ini adalah sebagai persiapan kerajaan untuk mengambil alih teraju kepimpinan dan perkhidmatan Tentera Udara British yang akan tamat perkhidmatannya pada tahun 1971. Tentera Udara British telah berkhidmat menjaga keamanan negara ini dan melatih tentera-tentera tempatan semenjak sebelum merdeka. Kuantan dipilih sebagai pusat pengkalan jet tentera udara berikutan kedudukkannya yang strategik dan terletak di tengah-tengah Malaysia. Dengan adanya pengkalan ini dapat mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan demi keamanan negara.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …