MBMB AMBIL SERIUS DAKWAAN BECA ‘SCAM’

Ayer Keroh – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil serius terhadap dakwaan ada pengayuh beca mengenakan caj tambahan kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan itu.

Peringatan daripada MBMB adalah susulan satu hantaran yang tular di media sosial, mengenai perkongsian pengalaman seorang pengguna mendakwa dikenakan caj tambahan selepas menaiki beca sekitar Bandar Melaka beberapa hari lalu.

Mengulas mengenai dakwaan itu Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berharap pihak berkenaan supaya membuat aduan supaya siasatan lanjut dan tindakan sepatutnya dikenakan terhadap pengayuh beca berkenaan jika dakwaan itu terbukti benar.

“Kami sudah mendigitalkan perkhidmatan ikonik ini iaitu dengan mengeluarkan lesen kepada setiap pengayuh selain setiap beca turut disertakan dengan kod QR. Sekiranya ada aduan atau rasa tidak puas hati berhubung perkhidmatan ditawarkan, pengguna boleh buat aduan secara terus melalui kod QR yang disediakan pada setiap beca.

“Tanpa maklumat lengkap seperti identiti pengayuh beca dan butiran kejadian, sukar untuk kami jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Shadan berkata, mekanisme itu membolehkan MBMB mengenal pasti pengayuh beca yang terlibat sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat atau dakwaan penipuan.

Menurutnya lagi menerusi inisiatif pendigitalan perkhidmatan beca MBMB kini mempunyai butiran berhubung semua pengayuh yang berdaftar.

“Jika hasil siasatan mendapati perkara itu benar berlaku, kita boleh ambil tindakan termasuk menarik semula lesen. Caj perkhidmatan beca juga telah ditetapkan, iaitu RM25 dan RM50 mengikut laluan yang ditentukan dan tidak wujud caj RM60 atau RM80 seperti didakwa dalam sesetengah kes,” katanya.

Sumber  : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …