MERIAH: Hajiji bersama pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS) memotong kek Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, di sini hari ini.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili bersama pemimpin kanan PBS serta GRS.
Selain menikmati jamuan Aidilfitri, tetamu turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan gambus dan nyanyian dan persembahan khas.
Jemputan anak-anak yatim turut menerima sumbangan pada majlis itu diikuti acara memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri PBS.
Hadir sama, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Jahid Jahim; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



