OP TIRIS KPDN SABAH TUMPAS AKTIVITI SELEWENG DIESEL

SUSPEK: Pegawai Pejabat KPDN Sabah memeriksa kenderaan suspek yang membawa sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter dalam serbuan terbabit baru-baru ini

KOTA KINABALU: Op Tiris 4.0 yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah berjaya menumpaskan satu kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi baru-baru ini.

Pengarah KPDN Sabah Shahril Nizam Shahidin berkata, operasi terbabit melibatkan nilai keseluruhan rampasan yang dianggarkan berjumlah RM12,897.35.

Menurutnya, seorang suspek lelaki ditahan dalam kes ini bersama pengusaha stesen minyak yang terlibat dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, operasi penguatkuasaan di bawah Op Tiris 4.0 dilaksanakan secara berterusan di sekitar daerah ini pada 10 April lepas.

“Tindakan diambil hasil pemantauan rapi dan risikan berterusan terhadap aktiviti mencurigakan di stesen-stesen minyak di sekitar Kota Kinabalu.

“Satu serbuan dilaksanakan di sebuah stesen minyak di Penampang yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang didapati sedang melakukan aktiviti mencurigakan di salah satu pam di stesen minyak terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 30an  itu sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki tambahan melalui saluran penutup isian minyak kenderaan itu.

“Isian minyak kenderaan itu didapati melebihi had yang dibenarkan oleh arahan Pengawal Bekalan, sekali gus disyaki cuba menyeleweng barang kawalan bersubsidi secara tidak sah,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan turut menemukan sebuah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter yang mengandungi anggaran kira-kira 250 liter diesel.

Pihaknya turut menyita beberapa barangan antaranya sebuah kenderaan, resit pembelian, tangki IBC berkapasiti 1,000 liter, pam elektrik yang dipasang pada kenderaan, hos getah, serta minyak diesel dalam tangki IBC beranggaran sebanyak 249 liter.

“Serbuan ini adalah hasil pemeriksaan di bawah Op Tiris 4.0 yang dijalankan oleh Pegawai-Pegawai Pejabat KPDN Sabah khususnya berkaitan dengan aktiviti penyelewengan barang kawalan di stesen minyak di sekitar Kota Kinabalu.

“Ia berikutan arahan KPDN yang bermula pada 1 April 2026 khusus untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, agar semua pemilik stesen minyak melaksanakan kawalan penjualan minyak diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan, dalam kuantiti 50 liter, 100 liter dan 150 liter pada setiap transaksi pembelian.

“Langkah ini penting bagi memastikan bekalan minyak diesel yang dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat, serta tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegusaran awam.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …