FRIED RICE SYNDROME

“Sayang nak buang nasi lebihan semalam. Kita simpan tepi, esok pagi buat nasi goreng.”

Dalam dunia perubatan, kes keracunan akibat tabiat ini sangat popular dan mempunyai nama khasnya yang tersendiri: ‘Fried Rice Syndrome’ (Sindrom Nasi Goreng).

Musuh utama anda dalam kes ini bukanlah nasi itu sendiri, tetapi sejenis bakteria yang dipanggil Bacillus cereus. Mengapa panaskan nasi tak cukup untuk bunuh bakteria ini?

  1. Spora Yang Kebal Haba

Beras mentah secara semula jadi mengandungi spora bakteria Bacillus cereus. Masalahnya, spora ini ibarat memakai ‘baju kebal’. Apabila anda menanak nasi, suhu air mendidih tidak mampu membunuh kesemua spora ini. Ia tetap hidup dan bertahan di dalam nasi anda.

  1. Perangkap Suhu Bilik (Zon Bahaya)

Tragedi bermula apabila anda membiarkan nasi yang dah masak itu terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam (atau semalaman di atas meja). Dalam keadaan suhu suam ini, spora tadi akan menetas menjadi bakteria aktif. Bakteria ini kemudiannya akan membiak dan membuang najis toksik secara senyap ke dalam nasi anda.

  1. Toksin Tidak Mati Digoreng

Inilah fakta yang paling menakutkan: Walaupun anda menggoreng semula nasi itu di atas kuali yang berasap panas, haba tersebut hanya akan membunuh bakteria, TETAPI ia tidak mampu memusnahkan toksin (racun) yang telah ditinggalkan. Sebaik sahaja toksin ini masuk ke dalam perut, anda akan mula mengalami muntah yang sangat dahsyat dan cirit-birit berair dalam tempoh masa yang singkat (seawal 1 hingga 5 jam).

Sayang makanan itu amalan mulia, tetapi memudaratkan nyawa sendiri demi jimat sekepal nasi adalah satu kerugian yang besar.

 

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …