Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menganjurkan Kursus Pemprosesan Produk Kerepek Pisang MAIDAM Tahun 2026. Kursus ini dianjurkan khas untuk usahawan 𝗮𝘀𝗻𝗮𝗳 yang berminat menceburi bidang pemprosesan makanan. Tempat adalah TERHAD. Hanya peserta terpilih akan dihubungi.
Ia merangkumi kursus pemprosesan produk hasilan pisang dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu & MAIDAM dan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📍 Makmal IAT, Kompleks Pertanian Negeri (KPN) Ajil, Hulu Terengganu
📅 18 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari:
✅ Teknik pemilihan bahan mentah berkualiti;
✅ Cara pemprosesan produk berasaskan pisang;
✅ Amali penghasilan produk (hands-on);
✅ Teknik pembungkusan & penyimpanan;
✅ Penilaian kualiti & sensori produk.
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pegawai berpengalaman dari Jabatan Pertanian. Peserta yang terpilih akan memperolehi keistimewaan seperti berikut:
💎 Nilai kursus – DITAJA SEPENUHNYA;
💸 Elaun kehadiran RM50;
🚗 Elaun perjalanan RM30;
🍽 Makan & minum disediakan;
📜 Sijil disediakan;
📊 Pemantauan selepas kursus.
Penginapan dan pengangkutan tidak disediakan. Mereka yang layak memohon terdiri daripada:
✔ Asnaf (Miskin dan Muallaf);
✔ Umur 18 – 55 tahun;
✔ Minat berniaga makanan.
📌 MAKLUMAT PENTING
- Tempat terhad: 20 Asnaf Miskin dan 10 Asnaf Muallaf sahaja
- Peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi oleh Urus Setia
⚠️ Hanya isi borang jika benar-benar boleh hadir
📈 Berpotensi jana pendapatan dalam tempoh 6 bulan!
⚠️Jangan lepaskan peluang! Tempat TERHAD!
👉 Daftar sekarang: https://bit.ly/KURSUS-KEREPEK-PISANG-MAIDAM2026
📲 Atau scan je QR dalam poster!
Link group wasap rasmi MAIDAM Info Kursus/Latihan Usahawan Asnaf!!
https://bit.ly/Wasap-KursusLatihanUsahawan-Asnaf-MAIDAM
📢 Sebarkan kepada asnaf yang berminat! 😊
📌 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 MAIDAM di 09-630 3030
Sumber: Laman FB Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)



