ASYIK BERSIN, SEMUA PANGGIL RESDUNG

Doktor,nak antibiotic boleh tak? Demam dah dua hari ni tak kebah-kebah. Pernah tak anda rasa geram bila doktor taknak bagi antibiotic lepas anda mengadu demam, batuk dan selsema? Rasa macam doktor tu kedekut ubat atau nak rawat betul-betul, kan?  Sebenarnya doktor bukan kedekut. Doktor sedang selamatkan nyawa anda pada masa depan. Ini fakta perubatan yang ramai selalu keliru: Antibiotik hanya bunuh bakteria.Ia sifar fungsi ke atas virus.

Ada dua jenis jangkitan yang buat kita deman:

  1. Demam virus

Contoh:selsema biasa, batuk biasa, sakit tekak biasa, demam denggi,nfluenza.

Rawatan: Tak perlukan antibiotic langsung, ubat paracetamol,rehat yang cukup dan minum banyak air. Badan anda ada antibodi sendiri untuk hapuskan virus ini dalam masa beberapa hari.

 

  1. Jangkitan Bakteria

Contoh:Tonsil bernanah teruk,kencing kotor (UTI), paru-paru berjangkit (pneumonia)

Rawatan: Disinilah antibiotic diperlukan.

Apa jadi kalau demam virus biasa pun anda paksa telan antibiotic?

Bakteria dalam badan anda akan mula belajar dan jadi kebal (superbug). Bila kuman dah kebal, sampai satu masa anda betul-betul kena jangkitan bakteria yang teruk, antibiotic paling kuat pun dah tak mampu nak selamatkan anda. Ini yang dipanggil kerintangan antibody (AMR), dan ia sedang membunuh jutaan nyawa diseluruh dunia.

Jadi, kalau doktor periksa dan kata. Ini demam virus biasa,tak perlu antibiotic, ya.  Ucapan terima kasih. Bermakna badan anda masih kuat dan tak perlu bergantung pada ubat.  Bantu kami kongsikan ilmu ini.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …