3 BANDAR DI TERENGGANU ANTARA 10 BANDAR PALING BAHAGIA 2026

Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan tema “Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama”.

Menurut Menterinya, pencapaian Malaysia dalam “World Happiness Report 2026” membuktikan dasar kerajaan berada di landasan tepat dengan skor kebahagiaan meningkat kepada 6.005, manakala tahap kebahagiaan rakyat mencecah 81 peratus, melebihi purata global. KPKT turut menekankan keutamaan dalam memperkasa bandar pintar, meningkatkan infrastruktur awam, mempergiat pengurusan sisa serta memperkukuh keselamatan dan daya tahan bandar.

Pada Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 itu, 10 bandar diumumkan sebagai 10 Bandar Paling Bahagia 2026, dengan 3 daripadanya adalah bandar dari negeri Terengganu Darul Iman.

Tiga bandar itu adalah Bandaraya Kuala Terengganu, Bandar Marang dan Bandar Permaisuri telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026, sekali gus mencerminkan komitmen PBT dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, inklusif dan mampan.

Selain 3 bandar di Terengganu, antara bandar yang menerima anugerah tersebut adalah Bandar Simpang Renggam (Johor), Bandar Dabong (Kelantan), Bandar Kluang (Johor), Bandar Lipis (Pahang), Bandar Mersing (Johor), Bandar Ranau (Sabah) dan Bandar Raub (Pahang).

Penilaian dibuat melalui Indeks Kebahagiaan Bandar 2026 yang menggabungkan data Jabatan Perangkaan Malaysia dan sistem MURNInets oleh PLANMalaysia, melibatkan aspek kesejahteraan rakyat serta kualiti persekitaran bandar.

Sumber: FB KPKT dan SUK Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …