MELAKA SASAR TAMBAH 10 NADI TAHUN INI

Asahan – Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah 10 Pusat Ekonomi Digital (NADI) di negeri ini pada tahun ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pihaknya telah memohon dan sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penambahan NADI tersebut.

Katanya, sehingga kini setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mempunyai satu NADI yang berfungsi sebagai pusat pembangunan komuniti.

“Kita menyasarkan untuk setiap DUN selepas ini mempunyai sekurang-kurangnya dua NADI yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan pembangunan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perkhidmatan WiFi Percuma Negeri Melaka sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan di Balai Raya Kampung Orang Asli (KOA) Solok Terentang, Jus, di sini, pada Selasa.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan meluangkan masa beramah mesra dengan warga Batang Melaka sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) NADI Batang Melaka.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, penambahan NADI itu dilihat penting berikutan keluasan dan kapasiti penduduk di setiap DUN berbeza.

“NADI memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan kemahiran, kelas kesihatan serta pendedahan kepada teknologi maklumat kepada masyarakat.

“Kita akan memberi fokus untuk menambah NADI di DUN yang lebih besar dengan kapasiti penduduk yang ramai,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …