MPJ TERANGI ASAHAN DENGAN LAMPU LED, CAKNA SETIAP ADUAN RAKYAT

Asahan – Pemasangan lampu jalan berteknologi LED menjadi antara fokus utama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam menangani aduan penduduk sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, keutamaan itu selaras dengan keperluan semasa masyarakat yang memohon kemudahan lampu jalan itu khususnya di kawasan awam.

Menurutnya, pihak MPJ menerima lebih 50 aduan hasil mesyuarat dan pengumpulan oleh JAPERUN yang melibatkan bidang kuasa MPJ.

“Bagi unit aduan MPJ, mana-mana aduan yang kita terima menerusi mesyuarat ataupun pengumpulan oleh JAPERUN, kita akan cuba selesaikan dalam tempoh singkat.

“Mana yang telah dipohon sebelum ini akan kita angkat semula dan bagi (aduan) yang perlukan semakan akan kita teliti,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Program Gotong-Royong MPJ di Taman Melawati Pondok Batang, di sini, pada Isnin.

Program itu disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dan hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan serta Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom.

Mengulas mengenai gotong-royong itu, Muhammad Zahiruddin berkata, ia memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan longkang selain cantasan pokok hasil aduan daripada penduduk.

“Pembersihan longkang ini membabitkan kawasan laluan utama kampung, manakala cantasan pula membabitkan pokok yang dikenal pasti berbahaya kepada penduduk dan pengguna jalan raya.

“MPJ akan terus komited dalam memastikan setiap aduan rakyat di DUN Asahan ditangani dengan lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …