WRUR ASAHAN: MELAKA LULUS PERUNTUKAN BAIK PULIH 18 RUMAH ORANG ASLI

Asahan – Peruntukkan sejumlah RM59,000 diluluskan Kerajaan Negeri bagi kerja baik pulih 18 buah kediaman Orang Asli di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, peruntukan itu diluluskan selepas menerima permohonan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan yang memaklumkan terdapat beberapa kediaman masyarakat Orang Asli yang memerlukan perhatian segera.

“Ini adalah antara usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam membantu masyarakat Orang Asli khususnya agar mempunyai kehidupan yang lebih selesa.

“Peruntukan sudah diluluskan oleh Ketua Menteri dan dijangka pada minggu hadapan kerja-kerja baik pulih kesemua kediaman ini dapat dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Karnival Sukan Orang Kita (Masyarakat Orang Asli) yang dianjurkan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Asahan yang berlangsung di Padang Awam Kampung Masjid Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama, Fairul Nizam; Pegawai Daerah Jasin, Datuk Rahizi Ranom dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan/Melaka, Shahrani Idderis.

Menurut Dr. Muhamad Akmal, jumlah itu adalah peruntukan awal yang diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan sekiranya terdapat permohonan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat seterusnya untuk pertimbangan.

“Baik pulih kesemua 18 kediaman ini akan dilaksanakan secara gotong-royong dan turut membabitkan anggota dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …