KRT KRUBONG HEIGHTS FASA 1 ‘HIDUPKAN’ TRADISI MARHABAN RUMAH KE RUMAH

Paya Rumput – Program Marhaban Syawal anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Krubong Heights Fasa 1 berjaya mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.

Program yang melibatkan pelbagai peringkat umur itu menyaksikan aktiviti marhaban dijalankan dari rumah ke rumah, sekali gus menghidupkan semula tradisi yang semakin dilupakan itu.

Setiausaha KRT Taman Krubong Heights Fasa 1, Zaki Hamzah berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, selain memupuk semangat kejiranan.

“Program seperti ini dapat menghimpunkan penduduk dalam suasana harmoni di samping memperkukuh perpaduan komuniti,” katanya.

Tambahnya, program yang diadakan itu mendapat sambutan hebat dalam kalangan penduduk taman perumahan itu dan berpotensi diangkat sebagai acara tahunan.

“Rata-rata penduduk menyambut baik program ini kerana ia bukan sahaja menyemarakkan suasana Syawal penuh makna, bahkan membuka ruang kepada memperkukuh ikatan silaturahim bersama jiran tetangga.

“Pada masa sama, ia juga turut memberi pendedahan bermakna kepada golongan muda mengenai tradisi marhaban sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat,” katanya lagi.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …