DISINFORMASI EKONOMI: SATU PENGKHIANATAN NEGARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu berkaitan harga minyak dan elektrik yang dikesan semakin berleluasa.

MCMC telah mengesan sebanyak 96 kandungan berita palsu berkaitan kenaikan harga minyak dan elektrik di media social. Penyebaran maklumat tidak benar itu berlaku ketika negara berdepan cabaran luar biasa susulan krisis tenaga global sekali gus boleh menjejaskan kestabilan dan mengelirukan rakyat.

Tindakan tegas perlu diambil kerana penyebaran berita palsu itu dilihat sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memberi kesan kepada rakyat. Pada masa sama menyifatkan tindakan menyebarkan maklumat tidak benar ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan masyarakat.

Atas dasar itu, orang ramai digesa supaya lebih berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat khususnya di media social. Rakyat diseru agar memilih, menyaring berita serta mencari fakta yang betul, dan cuba sama-sama memantau keadaan, semak dengan rapi serta mengambil langkah untuk menyelamatkan keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Blog Malaysia Madani, Kosmo dan Astro Awani.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …