‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA

Telok Mas – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, pusat sehenti kesejahteraan komuniti itu memainkan peranan penting dalam mempergiatkan lagi aktiviti promosi kesihatan, pencegahan penyakit serta masalah kesihatan yang lain.

Menurutnya, penubuhan ‘wellness hub’ adalah salah satu inisiatif dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan pendekatan komuniti dengan menekankan gaya hidup sihat secara menyeluruh.

“Inisiatif ini juga selaras dengan Teras 2 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu ‘Memantapkan Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan’ dengan Wellness Hub menjadi platform utama dalam memperluas akses rakyat kepada fasiliti kesihatan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Wellness Hub Melaka Tengah di Kampung Alai, di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Mohd Ridzuan Januddin.

Jelasnya, setakat ini dua wellness hub sudah beroperasi di Melaka iaitu di Masjid Tanah dan Melaka Tengah.

“Kerajaan Negeri merancang untuk menambah lebih banyak pusat berkenaan pada masa akan datang bagi memastikan setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu wellness hub.

“Kita sasarkan setiap daerah ada satu, termasuk cadangan untuk menambah satu lagi di daerah Jasin,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …