DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Selaras dengan usaha membanteras ketirisan subsidi bahan api, larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing telah berkuat kuasa mulai 1 April 2026. Penguatkuasaan diperkasa melalui Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), dan sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Seiring dengan pelaksanaan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang telah melaksanakan pemantauan di beberapa stesen minyak sekitar negeri ini bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan. Seramai 33 orang pegawai penguat kuasa telah digerakkan melibatkan pemeriksaan ke atas 109 buah stesen minyak.
Laporkan sebarang salah laku dan aduan melalui saluran berikut:
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



