SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Unit Penyeliaan Hospital, Hospital Seberang Jaya telah menganjurkan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Hospital Seberang Jaya 2026 yang berlangsung di Auditorium Reflesia, Hospital Seberang Jaya. Sambutan pada tahun ini mengangkat tema “𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍”, selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien dan berdaya saing. Hari Pembantu Perubatan disambut pada 10 Mac setiap tahun bagi menghargai sumbangan besar golongan ini dalam sektor kesihatan negara.

Majlis telah dirasmikan oleh TBrs. Dr. Veeknesvari a/p Kesavan, Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Seberang Jaya. Dalam ucapan perasmian beliau, ditekankan bahawa dalam era digital dan teknologi yang semakin pesat, warga kesihatan tidak boleh lagi berada di takuk lama, sebaliknya perlu bergerak seiring dengan perubahan, mengadaptasi inovasi serta meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/jknpenang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …