PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALANRAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Syarikat Konsortium Pelancongan Bumiputera Sdn. Bhd. telah diadakan di Terminal Bas Sungai Nibong sebagai pendekatan mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.

Program advokasi ini melibatkan sesi interaksi bersama para pemandu dan penumpang bas, penyampaian mesej keselamatan, serta pengagihan goodies sebagai simbolik galakan ke arah pembudayaan pemanduan berhemah dan selamat sepanjang musim perayaan. JPJ Negeri Pulau Pinang turut menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …