3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’

Bandaraya Melaka – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri segala perubahan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dalam tempoh tiga tahun ini.

Menurut beliau, dengan lebih 200 pencapaian dan inisiatif untuk rakyat telah dirangka dilaksanakan sepanjang tempoh kepimpinannya, namun segala dasar-dasar itu wajar ditaksirkan sendiri oleh hati rakyat.

Beliau bagaimanapun percaya, segala usaha yang dilakukan sepanjang memimpin negeri ini telah memberi pulangan yang baik kepada rakyat dalam pelbagai sektor.

“Segala pencapaian dalam tiga tahun ini tidak boleh untuk saya gambarkan dalam bentuk kata-kata kerana banyak dasar-dasar telah saya lakukan untuk mengubah landskap Melaka pada hari ini.

“Biar rakyat menilai dan penilaian itu perlulah datang dari hati nurani rakyat di bawah pentadbiran saya pada ketika ini.

“Namun, saya yakin bahawa semua dasar yang dilakukan telah memberikan pulangan yang baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran secara langsung di MelakaFM menerusi segmen ‘Dak Rauf Masuk Konti’ Sempena 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, hari ini. 

Sementara itu, ketika bersiaran secara langsung, Ketua Menteri menyifatkan tempoh tiga tahun selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada tanggal 31 Mac 2024 menjadi detik perjuangan yang dilakukannya untuk membangkitkan ekonomi negeri dan memastikan setiap dasar dilakukan benar-benar sampai kepada Rakyat.

Malah, beliau turut berkongsi detik-detik menyentuh hati apabila kepimpinan beliau mengambil pendekatan merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan aktiviti turun padang menyantuni rakyat.

“Saya dapat melihat sendiri senyuman warga emas menerima bantuan, kelegaan keluarga apabila mendapat tempat berteduh dan baru-baru ini jua saya berpeluang melihat wajah anak-anak watan Melaka menerima peluang pendidikan yang jauh lebih baik.

“Mungkin detik ini nampak sederhana…tetapi bagi saya inilah ukuran sebenar kejayaan sebuah kepimpinan, bukan pada apa yang kita umumkan, tetapi pada apa sentuhan yang dapat rakyat rasakan,” tambahnya. 

– Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …