INDEKS HARGA PENGGUNA, FEBRUARI 2026 Siaran Terkini : 19 Mac 2026

Inflasi Malaysia meningkat perlahan 1.4 peratus pada Februari 2026

Inflasi Malaysia meningkat perlahan 1.4 peratus pada Februari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Lapan kumpulan telah mencatatkan peningkatan lebih perlahan pada Februari 2026 berbanding bulan sebelumnya iaitu Insurans & Perkhidmatan Kewangan, 4.7 peratus; Pendidikan, 2.8 peratus; Restoran & Perkhidmatan Penginapan, 2.5 peratus; Makanan & Minuman, 1.3 peratus; Kesihatan, 1.2 peratus; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain, 1.1 peratus dan Maklumat & Komunikasi, 0.5 peratus. Selain itu, kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah meningkat dengan kadar yang sama seperti yang direkodkan pada Januari 2026 iaitu 0.2 peratus.

Inflasi bagi kumpulan Pakaian & Kasut tidak merekodkan sebarang perubahan pada Februari 2026 berbanding tahun sebelumnya. Manakala, kumpulan Pengangkutan masih mencatatkan penurunan pada negatif 0.7 peratus pada Februari 2026. Sementara itu, kumpulan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan, 6.9 peratus dan Minuman Alkohol & Tembakau, 2.6 peratus meningkat lebih tinggi pada Februari 2026 berbanding bulan sebelumnya.

Lapan negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional (1.4%) iaitu Pahang (2.1%), Wilayah Persekutuan Labuan (2.1%), Negeri Sembilan (2.0%), Sabah (1.8%), Johor (1.7%), Pulau Pinang (1.6%), Terengganu (1.6%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.6%). Manakala, baki lapan negeri meningkat di bawah dan sama dengan kadar inflasi nasional dengan Kelantan merekodkan inflasi terendah (0.2%) pada Februari 2026. Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi Makanan & Minuman kecuali Kelantan (-0.7%). Tujuh negeri merekodkan peningkatan melepasi paras nasional bagi inflasi Makanan & Minuman (1.3%) pada Februari 2026. Peningkatan tertinggi direkodkan oleh Negeri Sembilan (3.0%), diikuti oleh Pahang (2.3%), Johor (2.1%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.8%), Pulau Pinang (1.7%), Kedah (1.6%) dan Melaka (1.4%). Manakala, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah dan sama dengan paras inflasi nasional Makanan & Minuman.

Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Februari 2026 meningkat secara marginal pada 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada Januari 2026. Ini didorong oleh kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain, 0.7 peratus; Pengangkutan, 0.2 peratus dan Pakaian & Kasut, 0.1 peratus. Sementara itu, lima kumpulan tidak merekodkan sebarang perubahan secara bulanan pada Februari 2026 iaitu Makanan & Minuman; Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah; Kesihatan; Rekreasi, Sukan & Kebudayaan dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan. Manakala, kumpulan Maklumat & Komunikasi masih mencatatkan penurunan pada Februari 2026 iaitu negatif 0.2 peratus.

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia pada Februari 2026 (1.4%) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Indonesia (4.8%), Viet Nam (3.4%), Philippines (2.4%) dan Republic of Korea (2.0%). Walau bagaimanapun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding China (1.3%) dan Thailand (-0.9%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …