BAS, VAN PERANTARA MUDAHKAN PENGUNJUNG KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT

Ayer Keroh – Sebanyak tiga bas dan dua van perantara disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan orang ramai dan pengunjung yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada Sabtu ini (28 Mac) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Bas dan van perantara itu disediakan bermula jam 9 pagi dan 4 petang bagi membawa pengunjung yang meletak kenderaan jauh dari lokasi penganjuran rumah terbuka tersebut.

Orang ramai yang hadir boleh meletakkan kenderaan di tiga lokasi iaitu perkarangan Masjid Al-Alami MITC; perkarangan Mydin Ayer Keroh dan perkarangan Lingkaran MITC dan menunggu bas dan van perantara yang disediakan.

Setiap kenderaan yang disediakan akan berulang-alik setiap 10 minit bagi memudahkan pengunjung yang hadir untuk memeriahkan acara tradisi Melaka setiap kali Aidilfitri itu.

Dianggarkan 40,000 pengunjung bakal memeriahkan rumah terbuka tahun ini yang bertemakan Melaka Sayang Rakyat.

Lebih 50 juadah akan disajikan kepada orang ramai antaranya menu hari raya, selain turut disediakan kambing golek, sate, aneka manisan serta masakan tradisional masyarakat berbilang kaum.

Selain jamuan makanan, seperti kebiasaan pengunjung yang hadir juga bakal menerima sumbangan duit raya daripada Kerajaan Negeri.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …