

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei 2026. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 13 November 2025.
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media social rasmi Jabatan. Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
#metmalaysia
#PeralihanMonsun
#NRES
#MalaysiaMADANI



