TAKLIMAT PENGUATKUASAAN OPS KHAS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Taklimat Penguatkuasaan Ops Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 . Taklimat ini melibatkan pegawai serta anggota penguat kuasa yang akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan operasi khas sempena musim perayaan yang bakal tiba.

Taklimat ini memberi penekanan terhadap kepentingan disiplin, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan. Setiap pegawai dan anggota diingatkan agar sentiasa mengamalkan sikap tegas namun berhemah dalam menjalankan tugas, di samping memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.

Melalui pelaksanaan Ops Khas ini, JPJ Negeri Pulau Pinang komited untuk mempertingkatkan tahap penguatkuasaan di jalan raya bagi memastikan pematuhan undang-undang sentiasa dipatuhi oleh semua pengguna. Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan jabatan dalam mendukung aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan serta mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan teratur.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …