PENGAYUH BECA MELAKA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA

Banda Hilir – Seramai 284 pengayuh beca Negeri Melaka menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang diiktiraf sebagai duta pelancongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM113,600 termasuk kit makanan.

Jelas beliau, inisiatif telah dilaksanakan sejak tahun 2010 sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri kepada para pengayuh beca yang bukan sahaja mencari rezeki di jalanan, malah turut memperkenalkan keunikan Melaka kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sesungguhnya, Kerajaan Negeri amat menghargai keringat tuan-tuan. Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam membuat persiapan menyambut lebaran yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Santai dan Festival Kuih Tradisional Negeri Melaka 2026 di perkarangan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka Nasrul Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad Nur Azan Hassan serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri memaklumkan, Kerajaan Negeri menerusi MBMB turut menganjurkan Iftar Santai bersama pengunjung dan pelancong yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya.

Menurut beliau, setiap program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri sentiasa berpaksikan kepada satu prinsip yang jelas, iaitu Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

“Prinsip ini bukan sekadar slogan yang dilaungkan, tetapi merupakan komitmen yang diterjemahkan melalui pelbagai dasar, program serta inisiatif yang menyentuh kehidupan rakyat secara langsung.

“Sepertimana yang sering ditekankan, kejayaan sebenar sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui projek fizikal mahupun angka pelaburan yang besar, tetapi pada sejauh mana kesejahteraan rakyat dapat dipelihara, warisan budaya terus dipertahankan serta keharmonian masyarakat terus diperkukuh,” katanya lagi.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …