GERAN SEJATI MADANI KINI UNTUK PERTUBUHAN BELIA

Melaka – Kerajaan memperluas pemberian geran Sejati MADANI tahun ini kepada pertubuhan-pertubuhan belia bagi membangunkan aktiviti keusahawanan yang berpotensi menjana pendapatan persatuan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata sebanyak RM250 juta diperuntukkan kerajaan khusus untuk tujuan tersebut bagi menggalakkan persatuan belia menceburi aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang.

“Dahulu, geran Sejati MADANI diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan organisasi seumpamanya. Tahun ini, ia diperluaskan kepada pertubuhan-pertubuhan belia pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Abrar, Semabok, di sini hari ini.

Beliau berkata pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (RoY) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi memberi taklimat kepada pertubuhan belia di seluruh negeri mengenai cara memohon geran tersebut.

Katanya pihaknya menyasarkan kira-kira 2,500 pertubuhan belia akan mengambil peluang untuk memanfaatkan pemberian geran tersebut pada tahun ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Sumber – BERNAMA / Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …