TRIBUNAL ANTI GANGGUAN SEKSUAL (TAGS)

Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum bagi mangsa gangguan seksual mengambil tindakan terhadap pelaku gangguan seksual untuk mendapatkan tebus rugi akibat daripada gangguan seksual yang dialami.

TAGS mula beroperasi untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024 iaitu tarikh Akta 840 berkuatkuasa sepenuhnya.

Pemfailan aduan boleh dilakukan di:

Kaunter Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS)

Aras G, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 PUTRAJAYA

 

APA ITU GANGGUAN SEKSUAL?

Apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya.

 

JENIS – JENIS GANGGUAN SEKSUAL

  1. Lisan:
  • Kata-kata, komen, gurauan, sindiran, usikan, bunyi dan soalan yang berunsur seksual.
  1. Bukan Lisan:
  • Mengintai atau merakam secara rahsia atau terbuka gambar atau video seseorang yang sedang mandi, menggunakan tandas, tidak berpakaian lengkap, atau merakam bawah pakaian seseorang.
  1. Visual:
  • Menunjukkan bahan lucah, menghantar gambar, video atau teks berunsur seksual sama ada melalui media elektronik, atas talian atau secara bersemuka.
  1. Isyarat:
  • Mengenyit mata, menjilat bibir, atau membuat isyarat jari/tangan yang menggambarkan atau berkaitan dengan perbuatan seksual.
  1. Fizikal:
  • Segala bentuk perbuatan fizikal dalam jarak terlalu rapat atau sentuhan sehingga menjurus kepada rasa kurang selesa.

 

PROSEDUR PEMFAILAN

  1. Pengadu mengisi BorangAduan (Borang 1) dalam 4 salinan dan membayar RM30.00 fi pemfailan.
  2. Pengadu menyerahkan Borang 1 kepada responden (orang yang diadu)
  3. Responden memfailkan Pernyataan Pembelaan (Borang 2) dalam 4 salinan dan membayar RM10.00 fi pemfailan.
  4. Pengadu / responden hendaklah menyertakan bersama Borang 1 / Borang 2, salinan apa – apa bukti dalam bentuk dokumen, rekod atau bahan bagi menyokong aduan / pembelaan masing-masing sebelum tarikh pendengaran dan membawa salinan asal pada hari pendengaran.
  5. Pemfailan secara manual dan pembayaran fi secara tunai sahaja di kaunter TAGS di KPWKM, Putrajaya

 

PEMFAILAN ADUAN BOLEH DILAKUKAN DI:

Kaunter

Tribunal       bagi   Antigangguan       Seksual          (TAGS) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aras 26, Menara Aras Raya, No.11, Jalan Raja Laut 50350 W.P. Kuala Lumpur

Waktu Urusan Kaunter

Isnin  –        Jumaat: 9.00 pagi          –          4.30 petang

Rehat:         Isnin  –        Khamis: 1.00 tengah hari – 2.00 petang

Jumaat:      12.15 tengah hari – 2.45 petang

 

TATACARA PENDENGARAN

  1. Pihak Tribunal akan mengeluarkan Notis Pendengaran (Borang 3) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran aduan kepada pihak-pihak sekurang-kurangnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendengaran.
  2. Semasa pendengaran pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam.
  3. Pihak-pihak berhak mengemukakan keterangan dan dokumen atau memanggil saksi-saksi bagi menyokong aduan dan pembelaan masing-masing.
  4. Pendengaran dijalankan secara tertutup di hadapan tiga (3) anggota panel Tribunal.
  5. Selepas proses pendengaran, Tribunal akan membuat keputusan sama ada memberikan award atau menolak aduan gangguan seksual, di atas imbangan kebarangkalian. Award (keputusan) adalah muktamad dan mengikat pihakpihak serta disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah.
  6. Keputusan akan diberikan dalam tempoh 60 hari dari hari pertama

AWARD TRIBUNAL

  • Peruntukan Seksyen 20, Akta 840, satu (1) atau lebih perintah berikut boleh diberikan, jika aduan gangguan seksual dibuktikan:
  • Pernyataan permohonan maaf oleh responden kepada pengadu.
  • Penyiaran permohonan maaf oleh responden kepada pengadu
  • Responden membayar pengadu pampasan / gantirugi tidak melebihi RM250,000.00.
  • Menghadiri program yang bersesuaian

INGKAR AWARD

Sekiranya award tidak dipatuhi dalam masa 30 hari dari tarikh award dibuat, 2 tindakan boleh diambil oleh pihak yang terjejas atas keingkaran:

  1. TINDAKAN SIVIL
  • Award boleh dikuatkuasakan melalui tindakan sivil dengan memfailkan permohonan pelaksanaan perintah di mahkamah dan hendaklah diuruskan sendiri oleh pihak-pihak.
  1. TINDAKAN JENAYAH
  • Pihak yang terjejas atas keingkaran terhadap award tersebut boleh membuat laporan polis kerana keingkaran untuk mematuhi award merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 21 Akta 840 yang memperuntukkan :-
    • Denda 2 kali ganda jumlah amaun pampasan atau ganti rugi, atau pemenjaraan tidak melebihi dua (2) tahun, atau kedua-duanya; atau
    • jika tiada nilai pampasan atau ganti rugi diberikan oleh Tribunal, denda tidak melebihi RM10,000.00, atau pemenjaraan tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya; dan
    • jika keingkaran award masih berterusan, orang itu boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang dinyatakan di atas, dikenakan denda yang tidak melebihi RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …