DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

TIPS MENDERMA DARAH BAGI YANG BERPUASA
Bulan Ramadan bukan penghalang untuk kita terus membantu menyelamatkan nyawa. Dengan persediaan yang betul, anda masih boleh menderma darah dengan selamat walaupun sedang berpuasa.
Pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan tidak demam, pening atau keletihan sebelum menderma darah.
Tidur yang mencukupi membantu badan kekal bertenaga dan mengurangkan risiko pening atau pitam semasa menderma darah.
Makan sahur yang seimbang memberi tenaga kepada badan dan membantu mengekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari.
Waktu pagi lebih sesuai kerana badan masih segar selepas tidur dan sahur. Paras tenaga dan gula dalam darah biasanya masih stabil, sekali gus mengurangkan risiko dehidrasi, keletihan atau pening berbanding menderma pada waktu tengah hari atau petang.
Setiap titisan darah yang didermakan mampu membantu pesakit yang memerlukan seperti mangsa kemalangan, pesakit kanser, talasemia dan ibu bersalin.
Sumber _ Derma Darah Penang https://www.facebook.com/dermadarahpenang



