1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN

1000 hari pertama kehidupan penting untuk perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang sihat dan produktif.

Peringkat awal 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak bermula dengan terbentuknya janin dalam rahim seorang ibu dan pembesaran janin ini sehingga tempoh matang mengambil masa selama 270 hari (9 bulan) kehamilan. Dalam tempoh ini, pengambilan makanan yang berkhasiat, pemantauan peningkatan berat badan berkala, serta pemeriksaan kesihatan yang lengkap menjadi kunci penting untuk si ibu kekal sihat sepanjang kehamilan. Inilah permulaan awal terbaik kehidupan seorang anak, iaitu di dalam kandungan ibunya lagi.

Pada usia antara 1 tahun hingga 2 tahun kehidupan kanak-kanak, ini menjadi tempoh kritikal untuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan, pemantauan status tumbesaran dan pergigian. Pengabaian penjagaan di bawah 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak ini antara penyebab meningkatnya risiko kanak-kanak dengan masalah pertumbuhan seperti susut dan bantut.

Justeru itu, teruskan untuk beri perhatian kepada 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak, ia merupakan kunci utama melahirkan generasi Malaysia yang lebih sihat.

 

Manual 1000 Hari Pertama Kehidupan Anak :-

https://hq.moh.gov.my/bpkk/images/3.Penerbitan/2.Orang_Awam/8.Kesihatan_Kanak_Kanak/2.PDF/20_Manual_1000_Hari_Pertama_Kehidupan_Anak.pdf

 

*Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …