WARGA EMAS MAUT TERTIMBUS TANAH RUNTUH DI BELAKANG HOTEL

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus akibat runtuhan tanah.

SANDAKAN: Seorang warga emas maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah hotel di Pusat Bandar Sandakan, di sini pagi tadi.

Mangsa berusia 76 tahun itu dipercayai cuba menghidupkan generator (genset) selepas bekalan elektrik di hotel berkenaan terputus akibat hujan lebat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 6.39 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai bomba.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6.48 pagi dan mendapati seorang lelaki tertimbus separuh badan akibat runtuhan tanah di bahagian belakang bangunan hotel.

“Komander operasi kemudian menjalankan penilaian situasi sebelum pasukan bomba bertindak menggali tanah menggunakan peralatan penyodok bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.14 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas KKM sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.19 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …