1,020 PENDUDUK TERJEJAS BANJIR DI TIGA DAERAH

BANJIR: Keadaan SK Salimandut Kota Marudu semasa dilanda bajir.

KOTA KINABALU: Seramai 1,020 penduduk daripada 502 ketua isi rumah masih terjejas akibat banjir di tiga daerah di Sabah setakat jam 4 pagi, hari ini.

Infografik Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah memaklumkan tiga daerah terlibat ialah Kota Marudu, Paitan dan Pitas.

Kota Marudu mencatat jumlah tertinggi penduduk terjejas dengan 851 orang daripada 456 ketua isi rumah.

PINDAH: Penduduk kampung dibawa berpindah ke PPS.

Situasi banjir di daerah itu menjejaskan lapan kampung dan status keadaan kekal.

Di Paitan, seramai 127 penduduk daripada 37 ketua isi rumah terjejas melibatkan 26 kampung.

Sementara itu, Pitas merekodkan 42 penduduk daripada sembilan ketua isi rumah dengan enam kampung terlibat.

Secara keseluruhan, sebanyak 40 kampung terjejas akibat banjir di ketiga-tiga daerah berkenaan. 

PANTAU: Pasukan APM memantau salah satu lokasi hotspot banjir.

Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir yang dipindahkan dari kawasan terjejas.

Setakat laporan sama, tiada kematian dilaporkan berkaitan bencana berkenaan.

Maklumat dikumpul melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang memantau perkembangan semasa banjir di kawasan terjejas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjejas.

Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan terus berwaspada berikutan keadaan cuaca yang berpotensi mempengaruhi paras air di kawasan terlibat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …