5 DIVISYEN BANTU BERSIHKAN TANAH RUNTUH DI JALAN KAPULU–SUMAMBU TENOM

BANTU: Anggota 5 Divisyen membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan jalan.

TENOM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui 5 Divisyen mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu kerja pemulihan serta pembersihan kawasan tanah runtuh di Jalan Kapulu–Sumambu di sini, susulan kejadian runtuhan akibat hujan lebat dan banjir baru-baru ini.

Jurucakap 5 Divisyen dalam satu kenyataan berkata, operasi bantuan itu dijalankan bagi memastikan kerja pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera selain membuka semula laluan yang terhalang.

“Usaha ini penting bagi memudahkan pergerakan penduduk di kawasan terlibat yang sebelum ini terputus hubungan akibat kejadian berkenaan.

“Dalam operasi ini, anggota 5 Divisyen melaksanakan beberapa kerja pembersihan di kawasan terjejas.

“Antara tugas utama termasuk membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan jalan,” katanya.

Selain itu katanya, anggota turut meratakan timbunan tanah runtuhan bagi memastikan laluan jalan kembali selamat digunakan.

“Langkah berkenaan juga bertujuan memastikan pergerakan kenderaan dan penduduk setempat dapat berjalan lancar seperti biasa.

“Operasi pembersihan dilaksanakan secara bersepadu bersama beberapa agensi keselamatan dan penyelamat.

“Antara agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah,” katanya.

TERJEJAS: Keadaan tanah runtuh di Jalan Kapulu–Sumambu di susulan kejadian runtuhan akibat hujan lebat dan banjir baru-baru ini.

Katanya, turut sama membantu dalam operasi berkenaan ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom serta Jurutera Daerah Kecil Kemabong.

“Kerjasama pelbagai agensi ini membolehkan kerja pemulihan dilaksanakan dengan lebih terancang dan sistematik.

“Sinergi antara pasukan keselamatan serta agensi kerajaan membantu mempercepat proses pembersihan kawasan terjejas.

“Keadaan laluan yang kembali boleh dilalui membantu penduduk meneruskan aktiviti harian tanpa gangguan,” katanya.

Pada masa sama katanya, operasi ini juga membantu memastikan tahap keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

“Penduduk setempat turut menyambut baik usaha pelbagai agensi yang tampil membantu memulihkan keadaan di kawasan berkenaan.

“Kehadiran pasukan keselamatan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa bantuan segera dapat disalurkan ketika berlaku bencana.

“Langkah proaktif yang diambil turut membuktikan kesiapsiagaan pasukan keselamatan menghadapi situasi kecemasan,” katanya.

Tambahnya, usaha bersepadu antara agensi juga mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

“ATM terus memainkan peranan penting dalam membantu pihak berkuasa awam ketika berdepan bencana alam.

“Pendekatan kerjasama antara agensi itu dijangka mampu memperkukuh keupayaan pengurusan bencana di negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …