DADAH TERKAWAL 2025

Pengarah Keselamatan Negeri, YBrs. Puan Azizah binti Mohamed Said telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan, YBrs. En. Md. Razif Bin Wan pada 3 November yang lalu.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara, antaranya kerjasama yang boleh diadakan antara MKN WP Kuala Lumpur dan AADK khususnya dalam usaha membanteras isu Pelencongan Sosial dan Penyalahgunaan Dadah dan Substan 2020 di Wilayah Persekutuan.

 Kunjungan yang amat dialu-alukan ini berjaya menjalin dan mengeratkan hubungan kerja antara kedua-dua agensi. MKN WPKL juga akan terus memberikan sokongan penuh dan komitmen kepada AADK WPKL selaku agensi peneraju dalam membanteras masalah dadah di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan.

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …