SABAH SEDIA PERUNTUKAN RM164 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN MODAL INSAN

DEMO: James (tengah) melihat demonstrasi misi Terra Protocol yang dipamerkan sempena majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM164.01 juta untuk program pembangunan modal insan di Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pembangunan modal insan tetap diutamakan menjadi sebahagian daripada program pembangunan anak-anak watan negeri ini ke arah mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan,” katanya di majlis perasmian Program Latihan Guru-Guru untuk Pertandingan Robotik SMJ di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Yuk di sini hari ini. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk James Ratib.

Hajiji berkata, antara bidang yang diutamakan ialah pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), latihan pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang membuka peluang pendidikan berkualiti secara lebih meluas dan inklusif, terutamanya yang mengangkat STEM dan inovasi sebagai budaya pembelajaran di sekolah.

“Kita mahu memastikan program seperti ini berjalan dengan teratur dan kemas, melalui kerjasama rapat antara pihak pendidikan, sekolah, komuniti dan rakan strategik, supaya para guru mendapat sokongan yang sewajarnya dan murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna.

“Dalam konteks ini, latihan guru-guru hari ini adalah signifikan kerana murid akan lebih bersedia untuk memahami teknologi, membina keyakinan, dan menghasilkan inovasi yang berguna apabila guru mereka diperkasa dengan kemahiran dan alat yang betul.

“Program ini tidak sekadar memperkenalkan robotik sebagai aktiviti tambahan, tetapi ia juga dengan pendekatan yang lebih tersusun melalui model pelaksanaan di sekolah.

“Ini termasuk keperluan infrastruktur minimum, penggunaan kit robotik, platform pembelajaran, serta latihan guru secara Train-the-Trainer untuk memastikan pelaksanaan benar-benar berkesan,” jelasnya.

Hajiji berkata, penggunaan kit robotik LEANBOT sebagai alat pembelajaran utama dan menyokong integrasi latihan secara fizikal serta simulasi melalui Digital Twin, di samping penggunaan aksesori latihan seperti Field Track/Field Model untuk aktiviti ujian dan cabaran robotik di dalam kelas adalah pendekatan ‘hands-on’ yang penting.

“Ia membantu murid belajar melalui pengalaman membina, menguji, membuat penambahbaikan, dan akhirnya memahami konsep secara lebih mendalam, bukan sekadar menghafal teori,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …