KARDIO PERUT KOSONG WAKTU EMAS BAKAR LEMAK

Kardio perut kosong, waktu emas jam 6 petang untuk bakar lemak organ secara ekstrem. Ramai yang mengeluh saiz pinggang makin bertambah walaupun puasa sebulan penuh.  Sebenarnya ada satu rahsia biologi atau waktu emas yang selalu ada kita terlepas pandang. Waktu ini adalah peluang terbaik untuk memusnahkan lemak degil yang bersarang di sekitar organ dalaman atau perut anda.

Waktu tersebut adalah sekitar 45 minit sebelum waktu berbuka puasa.  Mari kita fahami apa yang berlaku pada anatomi badan jika anda bersenam pada waktu emas ini.

Tangki gula sudah kosong sepenuhnya.  Selepas berbelas jam berpuasa. Simpanan gula atau glikogen dalam hati dan otot kita sudah habis digunakan.  Apabila anda mula bersenam pada waktu ini, badan akan mengalami krisis tenaga sementara.  Ia tiada pilihan lain selain terpaksa mencari sumber tenaga sandaran yang lain.

Sasaran Utama adalah lemak organ dalaman.  Sumber tenaga sandaran yang paling banyak dalam badan  kita adalah lemak organ atau visceral fat.  Proses yang dipanggil fasted cardio ini akan memaksa badan membakar lemak degil 20 peratus lebih banyak berbanding jika anda bersenam pada waktu pagi atau selepas makan malam.  Inilah proses paling ekstrem untuk kempiskan perut,

Senaman ringan sudah memadai.  Anda tidak perlu angkat besi atau berlari perut.  Memandangkan badan kurang air, cukuplah sekadar jalan laju, mengayuh basikal secara santai, atau berkebun di halaman rumah selama 30 minit.  Senaman yang terlalu berat berisiko menyebabkan sel otot terurai dan mengundang dehidrasi teruk.

Jangan rosakkan fasa pembakaran waktu berbuka. Proses pembakaran lemak ini masih berjalan walaupun anda sedang berehat menanti azan.  Kesilapan besar berlaku bila azan berbunyi, anda terus teguk air balang manis.  Kejutan gula yang mendadak akan merembeskan insulin tahap tinggi dan mematikan terus enjin pembakaran lemak tadi.

Gunakan bulan puasa ini untuk pebaharui sistem metabolisme badan.  Bersenam sedikit pada waktu petang jauh lebih baik daripada tidur meniarap di depan televisyen menunggu azan.

 

Sumber : Public Health Malaysia.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …