KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat FAMA Negeri Pulau Pinang dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan potensi kerjasama dalam memperkasa golongan asnaf melalui program pembangunan ekonomi dan keusahawanan, khususnya dalam sektor agromakanan. Delegasi Zakat MAIPP diketuai oleh pegawai kanan jabatan bersama beberapa orang wakil pengurusan, manakala pihak FAMA Negeri Pulau Pinang turut dihadiri oleh pengarah negeri serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai inisiatif pemasaran hasil pertanian, latihan keusahawanan serta peluang penempatan produk usahawan asnaf di platform kendalian FAMA. Kerjasama ini dilihat mampu membuka lebih banyak ruang kepada usahawan asnaf untuk meningkatkan pendapatan dan memperluas rangkaian pasaran mereka.

 

Sumber : FAMA Pulau Pinang https://www.facebook.com/profile.php?id=100068789607106

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …