17 PUSAT HIBURAN DISERBU SERENTAK, TUJUH LELAKI POSITIF

POSITIF: Tujuh lelaki ditahan selepas didapati positif dadah di pusat hiburan.

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 pusat hiburan di seluruh Sabah diserbu serentak dalam tempoh lima jam menerusi Operasi Pusat Hiburan Kontinjen Sabah, awal pagi semalam, sebagai langkah tegas membanteras penyalahgunaan dadah.

Operasi bermula jam 1 pagi hingga 5 pagi itu dilaksanakan secara bersepadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terbabit.

Serbuan dan pemeriksaan dijalankan di Kudat, Kunak, Kuala Penyu, Tenom, Tambunan, Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Penampang dengan fokus memastikan premis hiburan tidak dijadikan lokasi penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan membabitkan pusat hiburan karaoke (KTV), pub, bar dan lounge yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, operasi bersepadu itu menghantar mesej jelas bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan dadah di premis hiburan.

“Sepanjang operasi, seramai 128 individu diperiksa membabitkan 85 lelaki dan 43 wanita.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tujuh lelaki positif dadah, manakala 121 lagi negatif,” katanya ketika dihubungi.

PERIKSA: Salah sebuah pusat hiburan diperiksa di Labuan.

Menurutnya, semua tujuh individu berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Beliau berkata, tiada rampasan dadah dibuat sepanjang operasi berkenaan, namun tujuh tangkapan direkodkan membabitkan tujuh kertas siasatan di beberapa daerah termasuk Tenom, Labuan, Sandakan dan Penampang.

“Operasi ini membuktikan komitmen berterusan polis dalam memastikan pusat hiburan tidak menjadi sarang aktiviti dadah.

“Kita tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak menjadikan premis hiburan sebagai lokasi penyalahgunaan dadah,” katanya.

Alhusin menegaskan risikan dan pemantauan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pusat hiburan di Sabah sentiasa dipantau serta bebas daripada aktiviti dadah.

“Perangi dadah, lindungi generasi. Usaha ini diteruskan tanpa henti.

“Kami menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah kepada pihak berkuasa demi keselamatan dan masa depan negeri ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …