HAJIJI SAMBUT BAIK KOMITMEN PETRONAS, JALIN LEBIH BANYAK KERJASAMA

KUNJUNGAN: Hajiji berbincang dengan Tengku Muhammad Taufik semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyambut baik komitmen PETRONAS untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz di sini hari ini.

Hajiji diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik serta status semasa operasi PETRONAS di negeri ini.

Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan mengenai usaha bantuan banjir PETRONAS bagi menyokong usaha kerajaan negeri dalam membantu komuniti yang terjejas di Sabah baru-baru ini.

Delegasi PETRONAS turut disertai oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Maritim, Datuk Adif Zulkifli; Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Bacho Pilong; Naib Presiden Hubungan Strategik & Komunikasi Kumpulan, Norafizal Mat Saad; serta pegawai-pegawai kanan PETRONAS.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …